Kimono – Pemakaian

Kimono – Pemakaian

Apa yang perlu dibawa?

Pelanggan yang pertama kali menggunakan perkhidmatan sewa kimono biasanya memiliki banyak soalan mengenainya. Kami sudah mengumpulkan semua soalan-soalan dan meletakkannya di bahagian ini agar anda lebih jelas dan mengenai peminjaman dan pemakaian Kimono, serta dapat membuat pilihan pakej lebih awal.

 Adakah pilihan Kimono untuk orang yang tinggi?
 Kimono kami dihasilkan untuk wanita dengan tinggi 150-175cm, dan lelaki dengan tinggi 165-200cm, dan ia dapat diubah suai. Kami juga memiliki beberapa Kimono saiz extra, serta untuk wanita dengan ketinggian lebih 175cm. Namun, terdapat situasi yang memaksa kami membatalkan tempahan anda jika tiada saiz yang dapat dipadankan. Sila dapatkan nasihat kami sewaktu membuat tempahan.
 Bolehkah membuat pilihan aksesori Kimono dan Obi?
 Ya, pilihan Obi dan aksesori adalah di tangan anda. Jika anda pening, staff kami akan membantu anda membuat pilihan.
 Tempoh diambil untuk pemakaian kimono/yukata?
 Sesi pemakaian adalah antara 30 minit hingga 1 jam. Musim bunga dan musim luruh adalah waktu puncak, jadi tempoh yang diambil mungkin sehingga 90 minit.
 Adakah sewaan Kimono/Hakama untuk perkahwinan dan konvokesyen juga disediakan?
 Ya, kami juga menyediakan sewaan Hakama. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut, atau lihat website dalam Bahasa Jepun.
Adakah pilihan untuk kanak-kanak?
Ya, kami menyediakan kimono untuk kanak-kanak dengan ukuran 28-~140cm juga 80~125 cm
Bolehkah saya membawa kimono sendiri dan menggunakan perkhidmatan dressing (pemakaian) sahaja?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan pemakaian kimono saja (bawa Kimono sendiri dari luar). Kami juga menyewakan aksesorikecil.
 Adakah Kimono dijual disini?
 Untuk masa sekarang kami tidak menjualnya.
 Adakah Kimono dibeli disini?
 Untuk masa sekarang kami tidak membelinya.
 Apa yang harus saya lakukan jika Kimono kotor?
 Jika Kimono menjadi kotor, tidak perlu berusaha membersihkan atau memperbaikinya. Hanya catatkan di atas kertas bagaimana Kimono menjadi kotor ketika anda mengembalikannya. Kami mungkin akan mengenakan caj untuk membiayai khidmat laundry atau memperbaiki Kimono. Jika anda menghilangkan Kimono atau aksesorinya, kami akan mengenakan caj setimpal harga asal.
 Hingga berapa cm ukuran pinggang yang boleh dipakaikan Kimono?
 Maksimum hingga 100cm.
Apakah perbezaan pakej foto percuma (laman sosial) dan pakej foto berbayar 900yen?
Kandungan pakej adalah sama. Jika foto boleh digunakan untuk laman sosial / blog Wargo, pakej ini menjadipercuma. Jika tidak, ia adalah berbayar. Kami akan mengirim foto ke emel yang anda masukkan sewaktu tempahan dibuat.
Apa itu pakej set lengkap ?
Pakej foto dengan tambahan servis print foto ukuran 2L dengan bingkai khusus dari Wargo.
Berapa helai foto untuk pakej set lengkap?
Satu helai 1500yen.
Adakah foto diambil berseorangan?
Kami akan mengambil gambar anda dalam satu kelompok tempahan anda. Jika anda inginkan foto sendirian, sila nyatakan kepada staff kami.
Apakah kod keselamatan?
Nombor 3 digit di belakang kad kredit anda.
Adakah nama pemilik kad kredit dan penyewa harus sama?
Nama berbeza pun tidak mengapa.
Harga yang ada di homepage dan pembayaran online berbeza
Harga sewa berbeza untuk Kimono dan Yukata. Harap diperhatikan saat melakukan tempahan.