Tempahan

Tempahan

Bilakah tempahan boleh dibuat?

Berikut merupakan jawapan bagi pertanyaan mengenai tempahan dan pembatalan di 5 cawangan kami di Kyoto. Ini akan membantu anda memahami sistem tempahan online Wargo yang unik dan mudah.

Adakah terdapat pilihan Kimono yang lain selain yand disenaraikan di website?
Ya, sejak September 2015 Kimono baru yang berbeza ditambah setiap hari. Kami tidak mampu upload semuanya ke website kami. Anda juga boleh menukar kimono pilihan pada hari anda datang, jadi jangan ragu-ragu untuk datang ke kedai kami.
 Bolehkah tempahan dibat lebih awal?
 Ya, anda boleh memilih tarikh dan Kimono yang anda inginkan di website KYOTO KIMONO RENTAL WARGO. Tetapi ada kemungkinan anda tidak dapat memilih Kimono yang anda mahu jika tempahan dibuatmelalui telefon.
 Bagaimana dengan pembatalan?
 Di emel pengesahan klik pilihan [Details] dan ada pilihan pembatalan / cancel di bahagian bawah.
 Concerning the cancelation of reservation paid via credit card:
 If you cancel in a delay of 60 days after your payment, the refund will be proceed via credita card. If the cancelation is ordered 61 days after the payment, the refund will be proceed via bank transfer. Please keep in mind that the bank transfer fee will be charged to the customer. *Bank transfer fee and international change fee will be charged for international customers.
In the case of a Japanese Bank, fee of ¥2,000 will be charged. We will contact you to explain the procedure for the payment of those fee. In the case of International Bank, the fee of ¥2,000 will be converted into the customer foreign currency.
This procedure is non-applicable for payment via 「Amazon Pay」;refund will always be proceed via credit card.
 Apakah barangan yang harus dibawa sewaktu ke kedai?
 Anda tidak perlu membawa apa-apa barangan khusus. Barangan tambahan kepada pemakaian Kimono/Yukata anda seperti hadagi(inner), sarung kaki, sandal dan lain-lain sudah termasuk dalam pakej. Jika anda risau mengenai cuaca sejuk, sila pakai inner tambahan dan kami akan memakaikan Kimono di atasnya.
 Saya tidak tahu pakej yang manakah yang sesuai.
Anda boleh menukar pilihan pakej pada hari tersebut. Jika anda tidak tahu, pilih pakej yang paling murah, dan anda hanya perlu membayar tambahan di kedai jika ingin mengubah ke pakej yang lebih mahal.
 Tempoh diambil untuk pemakaian kimono/yukata?
 Sesi pemakaian adalah antara 30 minit hingga 1 jam. Musim bunga dan musim luruh adalah waktu puncak, jadi tempoh yang diambil mungkin sehingga 90 minit.
 Bolehkah membuat pilihan aksesori Kimono dan Obi?
 Ya, pilihan Obi dan aksesori adalah di tangan anda. Jika anda pening, staff kami akan membantu anda membuat pilihan.
 Bolehkah meminta Kimono dipakaikan di awal pagi atau malam?
 Biasanya waktu operasi bermula 10:00a.m. Jika anda ingin bermula lebih awal, caj dikenakan 500yen/30minit (tidak termasuk gst). Buat masa sekarang, perkhidmatan awal pagi bermula pada jam 9:00a.m. Waktu tamat operasi adalah berbeza untuk setiap cawangan dan kami tidak melayani tempahan lebih dai jam 6:00p.m, tetapi cawangan Shinkyogoku menerima tempahan shingga jam 6:00p.m.
 Bolehkah maklumat tempahan seperti cawangan, waktu, jumlah orang diubah?
 Sila buat tempahan baru mengikut kehendak anda dan batalkan tempahan yang sebelumnya melalui emel pengesahan dari kami.
 Saya membuat tempahan dan memilih untuk membayar pada hari kedatangan, adakah saya mendapat diskaun jika membayar secara online?
 Ya, sila ubah kepada pembayaran online melalui URL di emel pengesahan yang kami hantar sewaktu anda selesai membuat tempahan.
Bolehkah pakej diubah pada hari tersebut?
Ya, namun harap maklum bahawa lebihan bayaran tidak akan dikembalikan jika anda mengubah kepada pakej yang lebih murah berbanding sebelumnya.
Bolehkah menambah pilihan perkhidmatan pada hari tersebut?
Ya, sila bayar caj tambahan di kedai.
Bolehkah pembayaran dibuat melalui bank transfer?
Tidak. kami tidak menerima pembayaran secara bank transfer.
Adakah tempat letak kereta disediakan?
Cawangan kami tidak menyediakan tempat letak kereta. Sila guna tempat parkir yang berdekatan.
Saya tidak pasti sama ada Yukata atau Kimono yang sesuai dengan waktu tertentu.
Kimono biasanya digayakan pada Januari hingga Jun, dan Oktober hingga Disember. Manakala Yukata digayakan pada Jun hingga September.
Saya tidak tahu lokasinya.
Kami menyediakan peta di bahagian “Cawangan kami”. Jika anda tersesat, sila hubungi kami di 075-600-2830 (customer centre untuk bahagian Kyoto)
Bolehkah Yukata dan Kimono dipilih di kedai?
Ya, anda boleh membuat pilihan secara terus semasa berada di kedai. Walaupun anda telah membuat pilihan sewaktu tempahan, anda masih boleh menukar fikiran.
Adakah disediakan zori dan geta bersaiz besar?
Sekarang kami memiliki ukuran terbesar L (sekitar 26.5cm) untuk wanita dan ukuran 3L (sekitar 29.5cm) untuk lelaki.
Saya tidak dapat datang tepat pada waktu yang dipilih.
Jika anda terlewat, sila hubungi kami. kami akan mengubah waktu tempahan anda sesuai dengan keadaan di kedai kami.
Bolehkah hanya perkhidmatan fotografi digunakan?
Buat masa sekarang kami tidak melayani perkhidmatan fotografi sahaja. Jika anda inginkan sesi fotografi, kami tetap mengenakan caj penuh yang termasuk sewaan kimono + fotografi.
Bolehkah barangan disimpan di kedai?
Ya, kami akan menyimpan barangan anda (kecuali barang berharga seperti dompet, telefon bimbit dan lain-lain) di kedai kami sementara anda menggunakan perkhidmatan sewaan kami. Untuk bagasi besar/suitcase, anda akan dicaj 500yen.
Adakah anda menyediakan perkhidmatan delivery untuk Kimono dan Yukata?
Maaf, perkhidmatan delivery hanya untuk Kimono kelas atas (Hakama, Furisode dan lain-lain) untuk acara tertentu sahaja.
Saya ingin menggabungkan Pakej Kimono Sendiri dan Sewaan Kimono bersama-sama.
Borang tempahan untuk sewa Kimono dan Pakej Kimono Sendiri adalah berbeza. Sila buat tempahan secara berasingan.
Saya ingin menambah perkhidmatan hairset.
Tambahan khidmat hairset dapat dibuat hari kedatangan. Hanya beritahu staff kami dan membayar terus di kedai.
Bolehkah saya menyewa kimono / yukata tanpa membuat tempahan awal?
Ya. Kami mampu melayan anda jika keadaan di kedai tidak penuh. Tetapi ada kemungkinan kami tidak dapat melayani anda jika kedai tutup atau tempahan sudah penuh. Harap maklum.
Saya ingin tahu apakah sama ada tempahan sudah penuh atau tidak
Anda boleh menyemak di homepage kami. Terdapat kalendar Booking/Tempahan untuk setiap cawangan.
Apa maksud angka yang tertulis di kalendar Tempahan ?
Angka menunjukkan jumlah orang yang boleh kami layani. Contohnya: (1) bermaksud hanya 1 orang saja yang dapat membuat tempahan. Untuk Pakej Pasangan, sila buat tempahan jika angka menunjukkan 2 dan lebih.
Saya tidak dapat memilih Kimono yang ingin dipakai sewaktu tempahan.
Sila balas emel Pengesahan Tempahan dengan melampirkan foto Kimono yang ingin anda pakai. Kami akan menyemak kesediaan Kimono tersebut di kedai kami.