Tentang Hairstyling
Bolehkah hairstyle digayakan di sini?
Salah satu ciri Wargo yang kami utamakan adalah perkhidmatan hairstyling kami. Terdapat dua perkhidmatan yang kami tawarkan, yang berbayar dan tidak berbayar. Anda akan mengetahui mengenai hairstyle yang kurang anda fahami di sini.
- Bolehkah saya meminta hairstyling untuk rambut saya?
- Gaya rambut yang ringkas dengan hiasan Kanzashi adalah percuma. Caj tambahan jika anda inginkan gaya rambut yang lain. Sila rujuk senarai Gaya Rambut.
- Adakah sewaan hiasan rambut disediakan?
- Ya, kami meminjamkan secara percuma Kanzashi, pin rambut stail Jepun tradisional yang dapat digayakan dengan rambut pendek atau panjang. Sebagai tambahan, anda akan mendapat diskaun WARGO jika anda menyewa Kimono dan membeli Kanzashi sebagai cenderahati di Kyoto.
- Bolehkah rambut pendek digayakan?
- Kami akan menggayakan rambut pendek anda dengan Kanzashi, jika panjangnya mencukupi.
- Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan hair styling sahaja?
- Untuk masa sekarang, kami hanya menyediakan khidmat hairstyling untuk pelanggan kami yang meminjam kimono / yukata di tempat kami. Untuk pelanggan yang membeli kanzashi di Kanzashi-ya Wargo, kami memberikan tips hairstyle simple jadi anda dapatmelakukannya sendiri dengan mudah.