Sewa Kimono
KYOTO KIMONO RENTAL menawarkan 6 jenis pakej sewa Kimono khas unutk anda. 3 pakej khusus untuk pelanggan wanita dan 2 pakej untuk pelanggan lelaki, selain pakaj untuk pasangan juga! Pilihan yang disediakan sangat bertepatan dengan kehendak anda, sama ada untuk mereka yang baru ingin mencuba Kimono pada harga yang berpatutan, atau mereka yang inginkan Kimono hasil rekaan jenama terkenal sebagai kenangan yang lebih indah, atau pelanggan yang mahukan Kimono moden Jepun.
Pakej Standard Kimono
Pakej Standard Kimono
Termurah & Sesuai buat yang Pertama Kali♪-
Pembayaran Online
3,000Yen(+gst)
-
3,000Yen
Pakej Standard Kimono kami sangat murah dan menguntungkan! Kami mengesyorkan pakej ini untuk anda yang baru pertama kali ingin mencuba memakai Kimono melalui perkhidmatan sewa Kimono. Terdapat banyak pilihan Kimono untuk pakej ini, terdiri daripada warna-warna lembut dan tenang serta bercorak simple. Pakej ini juga untuk anda yang ingin bereksperimen dengan obi yang bewarna-warni dan aksesorinya.
Pakej High-end Kimono
Kimono dengan Kualiti Terbaik di Kyoto!-
Pembayaran Online
4,000Yen(+gst)
-
4,000Yen
Pakej ini menawarkan anda dengan pilihan Kimono berjenama terkemuka yang boleh anda pilih. Anda akan merasai keselesaan yang berbeza dengan kimono berkualiti yang dibuat daripada bahan terbaik ini. Motif ala Jepun moden yang direka oleh pereka terkenal, pasti nampak memukau walau hanya dengan sekali lihat sahaja. Untuk anda yang suka atau sudah biasa dengan kimono tetapi ingin mencuba jenis lain, silakan pilih pakej ini!
Pakej Mamechiyo Kimono
Lebih feminin dengan Kimono Mamechiyo Moden-
Pembayaran Online
5,000Yen(+gst)
-
5,000Yen
Terdapat banyak kedai sewa Kimono di Kyoto, namun anda hanya dapat menyewa Kimono Mamechiyo Moden di kedai Wargo kami. Dengan pakej ini, anda dapat berekspresi dengan kombinasi obi dan aksesori. Pilihan corak bermotif riben, abstrak mahupun bungaan. Sangat inovatif dan cantik! Cubalah Pakej Mamechiyo Kimono dan rasai kepuasannya!
Pakej Antique Kimono
Hanya di Sensoji Store♪Kimono dengan sentuhan antik material sutera♥
-
Pembayaran Online
5,000Yen(+gst)
-
5,000Yen
Pakej yang hanya ada di cawangan Asakusa ini menawarkan kimono dengan sentuhan antik khas zaman Edo yang berkualiti tinggi dengan motif berciri romantik. Rasai keindahan berjalan-jalan di Asakusa yang penuh sejarah atau pergi ke majlis dengan kimono yang menawan ini. Pakej ini pastinya sudah termasuk dengan 8 barangan lain dan disertai hiasan rambut tradisional “kanzashi” yang juga mewah!
Furisode Hanhaba
Berjalan-jalan di Kyoto dengan furisode~-
Pembayaran Online
10,000Yen(+gst)
-
10,000Yen
Pakej Sewa Furisode adalah untuk anda berjalan-jalan di Kyoto dengan gaya feminin dan tampil berbeza. Tumpuan utamanya pada kombinasi hanhaba obi yang cantik dan furisode. Kini furisode bukan hanya terhad pada hari Seijinshiki, bahkan untuk bersiar di sekitar Kyoto!
Furisode Fukuro
Furisode yang original!-
Pembayaran Online
15,580Yen(+gst)
-
14,980Yen
Pakej Profesional Rental ini akan menambah keinginan anda berjalan-jalan di Kyoto dengan furisode. Pakej ini menggabungkan fukuro obi, yang biasa dipakai sebagai pakaian formal dengan furisode feminin. Kami mengesyorkan pakej ini untuk ke event atau majlis, atau sekadar untuk menguatkan rasa cinta anda terhadap kimono.
Pakej Kimono Lelaki
Jom jadi lelaki berkimono di Kyoto!-
Pembayaran Online
3,000Yen(+gst)
-
3,000Yen
Berjalan-jalan di Kyoto waktu musim dingin, jejaka yang berkimono pasti kelihatan paling kacak! Memang tepat memakai kimono di Kyoto yang dipenuhi tokong dan tempat pelancongan yang penuh nostalgia bagai berada di zaman Jepun dahulu, dalam musim apapun. Jangan lupa tambahkan haori untuk berpenampilan lengkap!
Pakej Kimono Kanak-kanak
Kimono comel untuk kanak-kanak!-
Pembayaran Online
3,000Yen(+gst)
-
3,000Yen
Pakej ini adalah sewaan Kimono untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 10 tahun (85~130cm). Tidak hanya Kimono untuk orang dewasa, rental kimono Wargo juga menyediakan Kimono yang comel untuk anak anda! Anda boleh menyewa kimono ini bersama pakej untuk dewasa ataupun pakej kanak-kanak sahaja. Jom pakai Kimono dan berjalan-jalan dengan riang di Jepun!
Pakej Pasangan ♥ Standard Kimono
Pakej Pasangan ♥ Standard Kimono
-
Pembayaran Online
5,000Yen(+gst)
-
5,000Yen
Pakej yang paling berpatutan, gabungan dari Pakej Standard Kimono dan Pakej Kimono Lelaki. Tidak hanya untuk meraikan ulang tahun, sekadar untuk bersiar-siar ke tempat pelancongan sambil mencipta kenangan juga sangat tepat! Gunakan pakej ini untuk mendekatkan hubungan anda berdua, selain sebagai hadiah kejutan.
Pakej Pasangan ♥ High end Kimono
Pakej Pasangan ♥ High end Kimono
-
Pembayaran Online
6,000Yen(+gst)
-
6,000Yen
Pakej ini menawarkan anda dengan pilihan Kimono berjenama terkemuka yang boleh anda pilih. Anda akan merasai keselesaan yang berbeza dengan kimono berkualiti yang dibuat daripada bahan terbaik ini. Motif ala Jepun moden yang direka oleh pereka terkenal, pasti nampak memukau walau hanya dengan sekali lihat sahaja. Untuk anda yang suka atau sudah biasa dengan kimono tetapi ingin mencuba jenis lain, silakan pilih pakej ini!
Pakej Pasangan ♥ Mamechiyo Kimono
Pakej Pasangan ♥ Mamechiyo Kimono
-
Pembayaran Online
7,000Yen(+gst)
-
7,000Yen
Pakej ini adalah gabungan Pakej Mamechiyo Kimono untuk wanita dan Pakej Kimono Lelaki. Pakej yang harus dipilih untuk pasangan anda yang ingin tampil cantik namun dengan sentuhan gaya moden dari Mamechiyo Modern Kimono. Beri kejutan kepada pasangan anda di hari ulang tahun perkahwinan atau pada hari anda ingin melamarnya, dan jadikan ia sebagai kenangan yang tak dapat dilupakan dengan kimono ini!
Pakej Pasangan ♥ Antique Kimono
Pakej Pasangan ♥ Antique Kimono
-
Pembayaran Online
7,000Yen(+gst)
-
7,000Yen
Hanya di Asakusa | Pakej ini adalah gabungan dari Pakej Antique Kimono untuk wanita dan Pakej Kimono Lelaki. Pilihan yang tidak harus ditolak jika berkunjung ke Asakusa. Keluar berdua dengan kimono ke Sensoji, Ueno, Sky Tree dan jadikan ia kenangan yang indah untuk anda berdua.
Pilihan lain -Lebih cantik dan Selesa!
-
Kanzashi
Percuma!
Tanpa caj!!! Kami meminjamkan Kanzashi, pin rambut ornamental untuk pelanggan wanita. Kanzashi ini adalah hasil “KANZASHI-YA WARGO”, syarikat kami sendiri. Dandan rambut dengan mudah menggunakan Kanzashi. Kebanyakan pelanngan kami menyukainya. Anda juga akan mendapat diskaun untuk item lain jika anda membeli Kanzashi sebagai ole-ole dari kedai ini.
-
★ Penyimpanan Barang
500Yen
Untuk pelanggan yang ingin menikmati sesi jalan-jalan di Kyoto tanpa rimas membawa barangan anda. Kami akan menyimpan barang anda sehingga anda selesai bersiar-siar dan akan memulangkan Kimono kami. Kami juga boleh membantu memudahkan anda untuk check in hotel.Harga untuk bagasi besar
500yen/bagasiBeg kecil satu
plastik 500yen/beg(40cmx45cmx25cm)
※1 beg plastik dengan ukuran sama percuma untuk pelanggan yang menggunakan khidmat kimono rental kami!
-
★Fotografi
1,000Yen
Kami akan mengambil gambar anda memakai kimono dengan perlengkapan fotografi profesional. Jika anda menbenarkan kami menggunakan foto anda untuk SNS atau website kami, anda tidak perlu bayar khidmat ini!
-
Kolar bercorak (dipakai di bawah kimono)
500Yen
Pilihan untuk pelanggan wanita yang memilih Pakej Standard Kimono. Anda boleh menggantikan kolar polos dengan kolar bercorak yang lebih menarik. Kami akan memilih yang sesuai dengan Kimono, Obi, dan aksesori anda.
-
Nagoya-Obi : Variasi Ikatan Obi pada Kimono Wanita
500Yen
Ikatan obi khas ini membuat obi anda kelihatan lebih cantik seperti Otaiko-musubi; puffy bow. Kami biasanya memakaikan Han-obi; Obi yang hanya separuh panjang, yang tidak boleh dibuat Otaiko-musubi. Kami mengesyorkan obi ini untuk anda yang ingin tampil lebih dewasa. Kami akan memilihkan obi yang sesuai dengan gaya anda.
-
Beg Kimono Mewah
500Yen
Ini adalah beg tangan Kimono mewah untuk pelanggan wanita. Pilihan beg tangan ini juga sangat sesuai untuk ke majlis perkahwinan. Kami akan memilih beg yang sesuai dengan warna Kimono, Obi, dan aksesori anda.
-
Selendang
500Yen
Ini adalah selendang untuk pelanggan wanita yang diletakkan di bahu anda. Anda akan merasa lebih selesa dengan selendang ini di waktu bersuhu dingin di Kyoto atau di petang hari.
-
Haori, Kot Tradisional Jepun
500Yen
Ini adalah Haori untuk pelanggan wanita. Anda dapat memakainya diatas kimono anda. Kami akan memilihkan Haori yang sesuai dengan Kimono dan aksesori anda. (Haori sudah termasuk dalam Pakej Kimono Lelaki untuk musim dingin)
-
Obidome・Sambuhimo
500Yen
-
Pemulangan Kimono di Cawangan Lain
1,000Yen
Pilihan ini membolehkan anda untuk mengembalikan kimono di cawangan yang berlainan dengan tempat anda menyewa kimono kami. Waktu pengembalian adalah 16:00 pada hari yang sama. Atau anda juga boleh memilih untuk mengembalikan pada hari berikutnya.
-
Biaya kedatangan awal
500Yen
Option ini membolehkan anda untuk datang dan memakai kimono bermula seawal 09:00 pagi (kedai bukabermula 10:00 pagi). Bayaran 500yen/orang
-
Kembalikan Kimono di Hari berikutnya
1,000Yen
Pilihan ini membolehkan anda untuk memanjangkan waktu pengembalian ke hari berikutnya. (Mengikut peraturan anda seharusnya mengembalikan kimono pada hari yang sama). Anda mungkin tidak boleh membuat pilihan ini jika kimono yanga anda pakai ditempah oleh pelanggan lain pada keesokan harinya.