Frequently Asked Questions
Berikut adalah jawapan untuk soalan yang sering ditanyakan oleh pelanggan mengenai sewaan Kimono dan Yukata. Di bawah ini adalah senarai sebagai rujukan mengenai Kimono dan Yukata, dressing Kimono dan Yukata, peraturan umum mengenai hairstyling, pengembalian Kimono, dan sebagainya. Jika anda mempunyai pertanyaan yang tidak disenaraikan disini, silakan menghubungi kami di (075-600-2830 dalam Bahasa Jepun atau Bahasa Inggeris)
Penyewaan Kimono/Yukata
- Adakah terdapat pilihan Kimono yang lain selain yand disenaraikan di website?
- Ya, sejak September 2015 Kimono baru yang berbeza ditambah setiap hari. Kami tidak mampu upload semuanya ke website kami. Anda juga boleh menukar kimono pilihan pada hari anda datang, jadi jangan ragu-ragu untuk datang ke kedai kami.
- Bolehkah Kimono ditempah lebih awal?
- Ya, sila buat tempahan melalui emel, LINE atau website seminggu sebelum hari anda datang.
- Bagaimana ingin membuat pembatalan tempahan?
- Untuk pembatalan, klik link tempahan dari emel anda selewatnya 2 hari sebelum supaya tiada caj dikenakan. Jika pembatalan dibuat kurang dari 2 hari sebelum tarikh yang dipilih, caj 100% dikenakan.
- Apakah barangan yang harus dibawa sewaktu ke kedai?
- Anda tidak perlu membawa apa-apa barangan khusus. Barangan tambahan kepada pemakaian Kimono/Yukata anda seperti hadagi(inner), sarung kaki, sandal dan lain-lain sudah termasuk dalam pakej. Jika anda risau mengenai cuaca sejuk, sila pakai inner tambahan dan kami akan memakaikan Kimono di atasnya.
- Concerning the cancelation of reservation paid via credit card:
- If you cancel in a delay of 60 days after your payment, the refund will be proceed via credita card. If the cancelation is ordered 61 days after the payment, the refund will be proceed via bank transfer. Please keep in mind that the bank transfer fee will be charged to the customer. *Bank transfer fee and international change fee will be charged for international customers.
In the case of a Japanese Bank, fee of $20 will be charged. We will contact you to explain the procedure for the payment of those fee. In the case of International Bank, the fee of $20 will be converted into the customer foreign currency.
This procedure is non-applicable for payment via 「Amazon Pay」;refund will always be proceed via credit card.
- Bolehkah meminta Kimono dipakaikan di awal pagi atau malam?
- Waktu operasi bermula jam 9:00a.m. Caj tambahan ¥ 2000 ~ (+gst) jika anda hendak memakainya lebih awal, bergantung kepada waktu yang diinginkan. Sila beritahu kami seminggu sebelum tarikh berkenaan. Harap maklum bahawa buat masa sekarang, kami tidak melayani dressing pada waktu malam. ※ Shinsaibashi store tidak melayani permintaan awal pagi dan malam.
- Bolehkah Kimono dipakai untuk bersiar-siar di luar?
- Ya, perkhidmatan sewaan kami adalah unutk seharian, anda bebas memakai Kimono untuk berjalan-jalan di luar dan sila kembalikannya sebelum tempoh waktu pengembalian tamat.
- Adakah perkhidmatan fotografi boleh dibuat di sekitar tempat-tempat pelancongan?
- Perkhidmatan fotografi hanya terhad dalam premis sahaja. Namun, terdapat beberapa cawangan kecil yang tidak memiliki studia, jadi fotografi dijalankan di luar premis. Harap maklum bahawa kami tidak dapat mengikuti anda untuk fotografi di sekeliling bandar.
Pemakaiann Kimono
- Adakah pilihan Kimono untuk orang yang tinggi?
- Kimono kami dihasilkan untuk wanita dengan tinggi 150-175cm, dan lelaki dengan tinggi 165-200cm, dan ia dapat diubah suai. Kami juga memiliki beberapa Kimono saiz extra, serta untuk wanita dengan ketinggian lebih 175cm. Namun, terdapat situasi yang memaksa kami membatalkan tempahan anda jika tiada saiz yang dapat dipadankan. Sila dapatkan nasihat kami sewaktu membuat tempahan.
- Bolehkah membuat pilihan aksesori Kimono dan Obi?
- Ya, pilihan Obi dan aksesori adalah di tangan anda. Jika anda pening, staff kami akan membantu anda membuat pilihan.
- Berapakah tempoh masa untuk pemakaian Kimono/Yukata?
- Sesi pemakaian adalah antara 30 minit hingga 1 jam. Musim bunga dan musim luruh adalah waktu puncak, jadi tempoh yang diambil mungkin sehingga 90 minit. Silakan ke『Proses Sewaan』 untuk melihat proses penyewaan dari awal hingga akhir.
- Bolehkah hanya menyewa tempat untuk pemakaian Kimono, dan memakai Kimono sendiri?
- Kami tidak menyediakan tempat untuk anda memakai Kimono sendiri. Namun, kami menyediakan perkhidmatan dressing dan staff kami akan membantu memakaikan Kimono anda.
About setting hair
- Bolehkah meminta khidmat hairsyling?
- Gaya rambut yang ringkas dengan hiasan Kanzashi adalah percuma. Caj tambahan jika anda inginkan gaya rambut yang lain. Sila rujuk senarai Gaya Rambut.
- Adakah sewaan hiasan rambut disediakan?
- Ya, kami meminjamkan secara percuma Kanzashi, pin rambut stail Jepun tradisional yang dapat digayakan dengan rambut pendek atau panjang. Sebagai tambahan, anda akan mendapat diskaun WARGO jika anda menyewa Kimono dan membeli Kanzashi sebagai cenderahati di Kyoto.
- Bolehkah rambut pendek digayakan?
- Kami akan menggayakan rambut pendek anda dengan Kanzashi, jika panjangnya mencukupi.
- Bolehkah hair dryer atau curler dibawa sendiri?
- Kami tidak menyediakan tempat untuk anda mendandan rambut sendiri. Sila dandan rambut anda sebelum datang.
- Adakah make up service disediakan?
- Tidak, kami hanya menyediakan khidmat make up untuk Pakej High Grade dengan caj 2900 yen+gst dan hanya terhad di cawangan Kyoto Tower.
About returning a Kimono
- Bolehkah waktu pengembalian dipanjangkan?
- Ya, walaupun peraturan memerlukan anda mengembalikan pada hari yang sama, tetapi anda boleh mengembalikan pada keesokan hari.
- Apa yang harus dilakukan jika tidak boleh mengembalikan pada hari yang sama?
- Silakan hubungi kami di (075-600-2830 dalam Bahasa Jepun atau Bahasa Inggeris). Anda boleh membuat pilihan dengan memulangkan Kimono pada hari seterusnya (caj 1000 yen) atau mengembalikannya di cawangan lain (caj 1000 yen).
- Tempoh waktu pemulangan Kimono?
- Pemulangan pada hari yang sama, selewatnya 30 minit sebelum tamat waktu operasi. Sila rujuk maklumat setiap cawangan di [Cawangan Kami].
- Jam berapa Kimono harus dikembalikan pada hari berikutnya?
- Pengembalian pada hari berikutnya adalah waktu operasi bermula hingga jam 12:00p.m.
- Bolehkah dikembalikan dari hotel?
- Buat masa sekarang kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Diharap Kimono dapat dipulangkan terus di kedai kami.