Tambah gaya pada penampilan Kimono dengan aksesori! Pilihan Aksesori

Aksesori penambah gaya!

Mahu gayakan Kimono dengan lebih menarik? Tambah aksesori khas stail Jepun! Kami menyediakan pilihan aksesori kecil untuk anda yang ingin tampil berbeza. Aksesori yang popular ini disediakan di semua cawangan Kyoto Kimono Rental Wargo.

  • Kolar bermotif Kolar bermotif

    Hiasi leher anda♪

    Kolar bermotif

    Pilihan untuk pelanggan wanita yang ingin menggayakan kolar Kimono bercorak yang lebih cantik dan menarik.

    500Yen
  • Nagoya Obi Nagoya Obi

    Pakaian pilihan wanita dewasa ♪

    Nagoya Obi

    Obi jenis formal yang membuat Otaiko-musubi menjadi lebih cantik. Obi ini boleh dibuat menjadi Otaiko-musubi yang biasanya tidak dapat dibentuk dengan Obi biasa. Kami mencadangkan Obi ini untuk wanita dewasa yang ingin tampil lebih elegan dengan Kimono.

    1,000Yen
  • Obidome・Sambuhimo Obidome・Sambuhimo

    Bersedia untuk
    mendapat pujian♪

    Obidome・Sambuhimo

    Tambah obidome dan sambuhimo di sekeliling Obi untuk menaikkan gaya berkimono. Bereksperimen dengan kombinasi warna paling tepat, pasti padanan warna Kimono dan Obi kelihatan semakin ceria, gaya berkimono pun tampil lebih ekslusif.

    500Yen
  • Beg Kimono Esklusif Beg Kimono Esklusif Beg Kimono Esklusif

    Tampil lebih
    menawan ♪

    Beg Kimono Esklusif

    Beg tangan adalah aksesori wajib bagi wanita, tidak ketinggalan sewaktu memakai kimono. Disedikan pilihan beg tangan yang menawan dan sangat berbeza dengan beg tangan yang disewakan secara pakej (basic bag). Kimono dan beg tangan pilihan sendiri akan kelihatan lebih padan dan menampilkan sisi feminin anda.

    500Yen
  • Selendang , Fake Fur Selendang , Fake Fur Selendang , Fake Fur

    Aksesori wajib
    musim sejuk ♪

    Selendang
    Fake Fur

    Stole adalah istilah untuk selendang lebar yang dipakai longgar di atas bahu. Kekalkan rasa hangat dan selesa saat berjalan-jalan di Jepun, walaupun ketika waktu petang dan malam yang berubah menjadi sangat dingin. Lebih lengkap lagi dengan memakai Haori!

    500~1000Yen
  • Haori, Tali Haori Haori, Tali Haori

    Tampil berlainan
    daripada yang lain ♪

    Haori, Tali Haori

    Haori adalah kot stail Jepun yang dipakai diatas Kimono ketika anda ingin berjalan-jalan di Kyoto atau Asakusa sewaktu musim dingin. Padankan motif dan warna Kimono anda dan Haorinya! Pasti kelihatan lebih elegan dengan memakai Kimono bersama Haori.

    500Yen〜
  • Aksesori Tali Haori Aksesori Tali Haori Aksesori Tali Haori

    Hanya untuk
    penyewa Haori ♪

    Aksesori
    Tali Haori

    Aksesori tali Haori adalah aksesori kimono Jepang yang sangat unik. Ini seperti pin yang mengetatkan Haori di bahsgian hadapan dan diperlukan saat memakai Haori. Pilihlah Haori rekaan original kami.

    500Yen
  • Payung Payung

    Nikmati perjalanan walau hari hujan ♪

    Payung

    Siap berdandan dan memakai Kimono serta aksesori yang serba cantik tetapi hujan turun... Relaks! Kami menyewakan payung buatan kedai "Hokusai Graphic" kami untuk kegunaan ketika hujan mahupun panas! Payung panjang dengan 16 rangka serta rekaan motif original Jepun yang indah. Ukurannya juga sangat luas jadi tidak perlu takut basah saat mengenakan Kimono kami.

    500Yen
  • Payung anti UV Payung anti UV

    Jangan risau dengan
    sinar matahari ♪

    Payung anti UV

    Pancaran matahari di luar terlalu panas dan silau, mungkin menggangu penampilan anda? Tidak perlu risau! Payung kami akan melindungi anda dari pancaran UV di samping melengkapkan lagi penampilan berkimono anda. Bersedia untuk keluar dengan penuh gaya dan menikmati hari anda!

    500Yen
  • Kyoto Kimono Rental Kyoto Kimono Rental
  • Bangasa - Payung khas Maiko Bangasa - Payung khas Maiko

    Percuma untuk fotografi♪

    Bangasa - Payung khas Maiko

    Anda boleh menggunakan payung stail Jepun buatan "Hokusai Graphic" sebagai salah satu prop untuk fotografi, secara percuma! Sewa berbayar jika ingin menggunakannya di luar. Kami memiliki Bangasa dengan bentuk yang simple, atau payung Maiko (payung untuk acara tarian tradisional Jepun) yang tersedia dalam warna ceria atau bermotif ala Jepun. Pilihlah yang mana anda suka!

    1,000Yen
  • Katana Jepun Katana Jepun

    Percuma untuk fotografi♪

    Katana Jepun

    Pedang pendek yang trendy ada di Kyoto Tower kami! Anda boleh menggunakannnya sebagai prop sewaktu fotografi, secara percuma! Wargo menyediakan hanya yang terbaik, jadi anda dapat merasai keunikan bahan, berat dan kilauan aslinya! Tapi jangan risau, pedang ini selamat kerana tidak tajam.

    Percuma