Proses Penyewaan Kimono

Proses Penyewaan Kimono

Berikut adalah informasi dan tips berkenaan proses penyewaan Kimono: buat tempahan dan sesi dressing Kimono→keluar berjalan dengan memakai Kimono→kembalikan Kimono, serta masa pengembalian Kimono dan polisi pembatalan. Semoga maklumat yang diberikan di sini membantu memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan kami. Jangan lupa perkhidmatan percuma kami, pin rambut Kanzashi (pinjam) serta sesi fotografi (dengan syarat).

1Tempahan

KYOTO KIMONO RENTAL WARGO menyarankan anda untuk melakukan tempahan awal agar jadual anda lebih teratur. Hanya perlu tentukan hari dan waktu yang anda inginkan melalui emel atau telefon. Tempahan onlinemembolehkan anda memilih pakej kimono/yukata yang tersedia dan melakukan pembayaran secara online (kad kredit) untuk mendapat potongan harga. Anda boleh membuat tempahan hingga 2 jam sebelum waktu anda datang ke kedai.

Hubungi nombor berikut untuk tempahan melalui telefon (0120-42-0505) hanya dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris.

Tip

Musim bunga sewaktu sakura mekar dan musim luruh yang dipenuhi dedaun kemerahan adalah musim kemuncak. Kami mengesyorkan anda membuat tempahan awal bagi musim-musim ini.

2Datang ke Kedai Kami

Jemput datang ke cawangan pilihan anda. Jika anda keliru cawangan mana yang harus anda pilih, silakan berbincang dengan kami. Kami juga menyarankan anda untuk hadir lebih awal dari waktu yang ditentukan. Anda tidak perlu membawa apa-apa kecuali kad pengenalan diri seperti pasport, kad kredit / kad pelajar dan lain-lain.

Datang ke Kedai Kami

3Kimono dressing

Setelah meletakkan tanda tangan di kaunter hadapan, kami akan mulakan sesi pemakaian Kimono anda.

Kami memiliki ruang yang cukup besar di setiap cawangan kami.

Dimulakan dengan hadajuban (inner Kimono). Kami memakaikan Kimono tidak terlalu ketat dan sangat cepat. Sesi dressing untuk seorang adalah sekitar 30 minit.

Tip

kami mencadangkan anda untuk ke tandas sebelum datang ke kedai kami kerana anda tidak boleh ke tandas semasa proses dressing.

Kimono dressing

Kimono dressing

4Pilih Kanzashi

Kami akan merias rambut anda dengan Kanzashi yang anda pilih dari koleksi Kanzashi-ya Wargo setelah dressing kimono selesai.

Pilih Kanzashi

5Fotografi

Kenapa tidak mengambil foto di tempat yang kami sediakan atau di hadapan kedai kami yang berciri vintage? Wargo memiliki peralatan profesional untuk fotografi dan kami akan mengirim datanya dengan resolusi tinggi ke alamat emel anda.

Ia percuma jika anda membenarkan gambar anda dimuat naik ke blog/media sosial kami. Kami juga boleh mengambil gambar dengan kamera anda, jangan malu untuk meminta bantuan kami.

Fotografi

6Siap untuk berjalan-jalan!

Selesai! Sekarang anda boleh berjalan-jalan dengan kimono dan menikmati pemandangan sambil menangkap gambar di luar. Jangan lupa untuk ke tempat pelancongan yang kami usulkan dan berdekatan dengan kedai kami.

Tip

Kami menyediakan khidmat penyimpanan barang. Hanya bawa barang berharga bersama anda.

Siap untuk berjalan-jalan!

7Pengembalian Kimono

Sila kembalikan Kimono selewatnya 30 minit sebelum kedai tutup.Berikut adalah waktu akhir di setiap cawangan.

  • Kyoto Station Kyoto Tower sehingga 18:30
  • Gionshijo sehingga 18:30
  • Shinkyogoku sehingga 17:30
  • Kiyomizuzaka dan Ninenzaka sehingga 17:30
  • Kinkakuji sehingga 16:30
  • Osaka Shinsaibashi sehingga 19:00
  • Tokyo Sensoji sehingga 17:30
  • Kamakura Komachi sehingga 17:30
  • Kanazawa Korinbo sehingga 17:30
  • Arashiyama sehingga 17:30

Anda boleh menukar pakaian di kedai kami. Jika anda tidak dapat mengembalikan Kimono sebelum waktu kedai tutup, anda boleh mengembalikannya keesokan hari/di cawangan lain (dengan caj tambahan).

Pengembalian Kimono