Pengembalian Kimono
Terlewat kembalikan Yukata/Kimono!!
Di bahagian ini, kami akan menjawab pertanyaan-pertanyaan mengenai peraturan pengembalian kimono, waktu pengembalian, cara pengembalian, pilihan lain dalam pengembalian, dan lain-lain. Sila rujuk untuk kemudahan anda menggunakan perkhidmatan kami.
- Bolehkah tempoh peminjaman dilanjutkan?
- Ya, walaupun mengikut peraturan asal anda harus mengembalikan kimono pada hari yang sama, tetapi anda boleh memanjangkan tempoh sewaan kimono/yukata hingga waktu siang keesokan harinya.
- Saya tidak dapat mengembalikan kimono pada hari yang ditentukan. Apa yang harus saya lakukan?
- Sila hubungi kami di 0120-42-0505 (dalam Bahasa Jepun dan bahasa Inggeris). Anda boleh memilih untuk pengembalian kimono hari berikutnya (caj 1000yen). Atau, anda boleh memilih untuk mengembalikan kimono ke cawangan lain yang lebih dekat dengan anda (caj 1000yen).
- Sampai jam berapa saya perlu mengembalikan kimono?
-
Harap kimono dikembalikan 1 jam sebelum waktu operasi tamat, pada hari yang sama atau hari berikutnya (dengan caj tambahan). Anda boleh melihat waktu operasi setiap cawangan di “Maklumat Cawangan” di bahagian website kami.
- Bolehkah saya meminta barang-barang saya dihantar ke hotel?
- Buat masa sekarang kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.
- Bolehkah saya mengembalikan kimono selepas waktu operasi?
- Buat masa sekarang kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.
- Bolehkah saya mengembalikan kimono di cawangan yang berlainan?
- Ya, boleh. Kimono/Yukata boleh dikembalikan di cawangan lain dengan caj 1000¥/orang. Barang yang disimpan adalah menjadi tanggung jawab sendiri.