Perhatian
Berikut adalah maklumat dan tip mengenai proses peminjaman kimono dari : tempahan, pemakaian kimono, waktu pengembalian kimono dan langkah pembatalan tempahan. Anda dapat menggunakan perkhidmatan kami dengan selesa setelah membaca maklumat dibawah ini. Jangan lupa bahawa perkhidmatan kami juga ditambah sewa kanzashi percuma, fotografi percuma (dengan pilihan), dan sebagainya.
Datang ke kedai kami
・Diharap agar datang lebih awal kerana ada kemungkinan anda perlu menunggu sebentar untuk hingga dressing, terutama waktu puncak (musim bunga dan musim luruh). Jika anda terlambat dari waktu yang ditentukan, diharap agar menghubungi kami terlebih dahulu.
・Penyambut tetamu tutup pada pukul 18:00 di cawangan Shinkyogoku, 17:00 di Kiyomizuzaka dan Ninenzaka serta 16:00 di Kinkakuji. Jika anda tergesa-gesa, hubungi kami melalui telepon.
Pengembalian Kimono
・Kami memohon anda untuk mengembalikan kimono 1 jam sebelum kedai tutup. Harap maklum bahawa setiap cawangan memiliki waktu tutup yang berlainan.
・Caj 1000yen/hari jika anda membuat pilihan “hantar hari berikutnya” tetapi gagal dikembalikan pada hari yang ditetapkan atau dikembalikan di cawangan lain.
・Caj sebanyak harga asal ditambah 1000yen/hari jika masih belum dikembalikan pada hari berikutnya.
・Caj antara 3000yen-12000yen jika terdapat kerosakan atau kesan kotoran yang teruk sewaktu anda menyewa Kimono.
Tempahan untuk hari tersebut atau sebelumnya
- Kyoto Station dan Gionshijo: sehingga 18:00
- Kiyomizuzaka dan Shinkyogoku : sehingga 17:00
- Kinkakuji : sehingga 16:00