Feedback Kyoto Kimono Rental wargo  Kyoto

Feedback Kyoto Kimono Rental wargo
Kyoto

Kyoto Kimono Rental wargo menerima jumlah pelanggan yang ramai dan testimoni mereka dikumpulkan di sini. Kami akan mempamerkan testimoni dari pelanggan-pelanggan kami secara beransur-ansur kerana kami berhasrat untuk menjadi kedai kimono rental yang menerima reputasi terbaik daripada pelanggan dengan khidmat dressing profesional, produk, harga serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang kami tawarkan. Kami akan memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik hanya untuk anda.

Kyoto Tower Store Pakej Pasangan Premium Kimono Pelanggan K.
dari Osaka
Terima kasih banyak-banyak atas layanan anda walaupun kami tempah secara tiba-tiba! Daripada pemilihan Kimono hingga ke sesi dressing, semua dilakukan dengan pantas. Pinjam pun boleh sampai lewat petang, jadi saya boleh jalan puas-puas.☆
Kyoto Tower Store Pakej Premium Kimono Pelanggan K.
dari Kyoto
Naik escalator di Kyoto Tower sampai tingkat 3, terus nampak kedai comel ni!
Anda boleh nampak beg dan sandal, semua cantik-cantik dari luar. Sangat menarik!!
Saya juga tertarik dengan hiasan jam antik di dinding! Staff pun semua peramah, memang kenangan paling best.
Kyoto Tower Store Pakej Premium Kimono Pelanggan R.
dari Gifu
Banyak sangat pilihan Kimono dan Obi. Semuanya cantik, susah untuk saya buat pilihan. Nasib baik staff ada kasi tips macamana nak matching colours, dan saya sangat berpuas hati dengan Kimono yang dipilih! Memang kenangan pakai Kimono yang tak dapat dilupakan!
Kyoto Tower Store Pakej Mamechiyo Modern Kimono Pelanggan R.
dari Gifu
Kimono Mamechiyo berjenama! Saya memang nak sangat pakai Kimono jenis ni, jadi saya ke wargo. Kat kedai lain tak dapat yang macam ni… Suka sangat sebab jumpa yang cantik. Lain kali nak sewa Mamechiyo Yukata pula!
Kyoto Tower Store Pakej Standard Kimono Pelanggan T.
dari Osaka
Pelbagai pilihan Kimono dan Obi, memang rambang mata!
Mereka juga tangkap banyak gambar dan hantar ke handphone dan emel saya!
Memori terindah ☆ Terima kasih!
Kyoto Tower Store Pakej Premium Kimono Pelanggan N.
dari Hokkaido
Saya guna khidmat wargo masa datang ke Kyoto dari Hokkaido. Sebab hotel dekat dengan Kyoto Station, saya buat tempahan di fron desk station tu. Lepas dah pakai Kimono pun senang nak jalan, naik bas ke tren ke, sebab dekat dengan station! Arashiyama, Kiyomizu Temple dan Gion semua kitorang harung dalam satu hari je ! lol
Kyoto Tower Store Pakej Pasangan Premium Kimono Pelanggan E.
dari Hokkaido
Saya buat tempahan pakej pasangan sebab nak guna gambar yang pakai Kimono tu time majlis kahwin. Diorang tangkap banyak gambar, dan kualiti gambar semua menakjubkan! Terima kasih banyak-banyak atas gambar yang cantik-cantik tu. Sangat disyorkan!
Kyoto Tower Store Pakej Kumpulan 20 Kimono Pelanggan O.
dari Niigata
Saya datang dengan trip sekolah. Walaupun datang beramai-ramai, sesi dressing sangat cepat dan kitorang pun ada lagi masa boleh spare lepas tu! Thanks sangat! Lain kali datang lagi!
Kyoto Tower Store Pakej Kumpulan 20 Kimono Pelanggan U.
dari Tottori
Kyoto Tower store adalah cawangan wargo yang paling besar! Terima kasih kerana menerima kumpulan besar kami, seramai 40 orang. Staff semua berbudi bahasa, kami semua berpuas hati!
Terima kasih kerana menjadikan kenangan di Kyoto yang teristimewa!

Shinkyogoku store Pakej Pasangan Premium Kimono Pelanggan R.
ari Kanagawa
Nishiki market pun dekat je, memang terbaik untuk pergi makan! Kedai ni kat tengah-tengah kawasan pelancongan, jadi boleh terus bersiar-siar lepas dressing!
Shinkyogoku store Pakej Standard Yukata Pelanggan I.
dari Nara
Makcik Kimono dresser tu peramah sangat, happy dapat sembang dengan dia! Pasti akan ke sini lagi.
Shinkyogoku store Pakej Standard Kimono Pelanggan T.
dari Kyoto
Makcik Dresser sangat baik, beliau kasi tips macamana nak kekalkan Kimono daripada menjadi longgar, sangat membantu! Saya ni chubby sikit, tapi Kimono maintain cantik even dah habis jalan-jalan.
Shinkyogoku store Standard Kimono Plan Pelanggan O.
dari Shizuoka
Di tingkat 1 adalah kedai Kanzashi. Saya minta buatkan Kimono hair-set, lepas siap jalan-jalan rambut saya masih terletak elok! Jadi saya beli satu kanzashi dari kedai tadi ♪ Pengalaman pakai Kimono dan kanzashiyang hebat. Kenangan manis!
Shinkyogoku store Pakej Premium Kimono Pelanggan K.
dari Gifu
Naik je ke tingkat 2, nampak kedai yang macam rumah lama Kyoto, masuk dalam nampak Kimono berderet. Sangat mengujakan! Daripada pemilihan Kimono, dressing, dandan rambut, hebat betul tengok staff tu buat seorang diri dengan cepat!
Shinkyogoku store Pakej Premium Kimono Pelanggan Y.
dari Hiroshima
Mereka ada syorkan tempat jalan-jalan yang menarik dan kat mana kami boleh makan sedap dan murah. Bila kami datang kembali mereka sambut dengan “”Selamat kembali! Seronok tak tadi?”” Ia buat saya rasa sangat gembira.★
Shinkyogoku store Pakej Premium Kimono Pelanggan A.
dari Shimane
Sangat selesa seperti di rumah! Staff pun baik dan pantas, dressing cepat jadi ia menjimatkan masa saya sebab saya pun dalam keadaan tergesa-gesa! Terima kasih banyak-banyak!

Kiyomizuzaka store Pakej Premium Yukata Pelanggan M.
dari Osaka
Ini kunjungan kali kedua saya. Sebelum ni saya pakai Kimono untuk musim sejuk, jadi untuk musim panas ni saya nak pakai Yukata pula.
Kimono memang cantik, tapi Yukata pun banyak juga pilihan menarik jadi saya keliru nak pilih yang mana. Staff memang laju buat dressing. Saya agak teruja dia pakaikan untuk kakak saya dengan cepat.
Kiyomizuzaka store Pakej Premium Kimono Pelanggan I.
dari Kyoto
Bila saya naik atas je nampak banyak Kimono comel-comel. Sukanyaa ♪ Seronok dapat pakai Kimono dengan Obi sekali. Rasa macam balik ke rumah nenek pula sebab kedai ni welcoming sangat (^ ^)
Kiyomizuzaka store Pakej Premium Kimono Pelanggan M.
dari Shiga
Staff yang sama buatkan dressing dan dandan rambut, memang hebat! Ada banyak aksesori comel juga! Saya dengar pakej pasangan lebih murah, nanti nak datang dengan boyfriend ★
Kiyomizuzaka store Pakej Mamechiyo Kimono Pelanggan R.
dari Shiga
Saya nak pakai mamechiyo kimono. Ia sangat cute! Dressing pun cepat, saya dan kawan sangat impressed!!
Kiyomizuzaka store Pakej Pasangan Premium Kimono Pelanggan O.
dari Kyoto
Saya datang dengan boyfriend dan mak dia so bagus sangat kalau diorang berpuas hati. Staff pun baik, kami dapat layanan yang baik. Terima kasih.
Kiyomizuzaka store Pakej Premium Kimono Pelanggan S.
dari Nagano
Dekat dengan Kiyomizudera, jadi saya pilih sini. Ramai orang berjalan-jalan pakai Kimono, jadi saya rasa yakin. Boyfriend saya segan sikit sebab datang awal sangat, tapi saya lega sebab pilih kedai kat sini.
Kiyomizuzaka store Pakej Pasangan Premium Kimono Pelanggan K.
dari Kyoto
Saya ambil Pakej Pasangan Premium. Ia sebagai surprise gift untuk boyfriend saya sempena birthday dia, bagus sangat sebab dia suka ☆ Dating kitorang jadi sangat indah dan sukar dilupakan (*’ 艸 `)
Kiyomizuzaka store Pakej Premium Kimono Pelanggan T.
dari Ishikawa
Saya ingatkan pilihan untuk orang berusia macam saya limited berbanding orang muda, tapi ada juga Kimono yang chic, mujur staff ada tolong pilih bersama. Puas hati dengan dandanan rambut yang cepat dan cantik. Suami saya pun suka. Hari yang indah, terima kasih.
Kiyomizuzaka store Pakej High-end Kimono Pelanggan O.
dari Chiba Prefecture
Sebelum ni pakai Kimono masa Seijinshiki, Kimono dan sandal tu menyakitkan. Tapi kali ni wargo punya Kimono dan sandal tak menyakitkan pun. Dressing dan hairdo untuk kakak saya pun laju je siap dan cantik! Bersiar-siar pun jadi mudah sebab boleh tinggalkan barang di sini.
Kiyomizuzaka Store Pakej Standard Kimono Pelanggan W.
dari Osaka
Saya tak buat tempahan awal, tapi diterima dengan baik sekali. Saya risau sikit sebab jarang pakai kimono, tapi lega lepas dengar explanation dari staff. Sanagat bagus dan rasa macam kat rumah. Akan ke sini lagi!

Gion Shijo store Pakej Premium Kimono Pelanggan M.
dari Kyoto
Banyak sangat pilihan Kimono sampai taktahu nak pilih yang mana, tapi saya berpuas hati dengan pilihan saya! Saya tanya banyak benda, tapi staff tak buat muka pun, dan jawab soalan saya dengan sopan. Saya berpuas hati! 
Terima kasih sangat-sangat!
Gion Shijo store Pakej Premium Kimono Pelanggan O.
dari Osaka Prefecture
Bila kenakan Obi tu saya fikir macamana nak tunjukkan pattern tu. Kemudian ada staff datang tolong pakaikan Kimono, Obi dan Kanzashi. Saya pun dapat belajar banyak benda pasal Kimono. Kimono saya cantik sangat.
Gion Shijo store Pakej Premium Kimono Pelanggan K.
dari Shiga Prefecture
Saya tak dapat buat pilihan, banyak sangat kimono dan yukata! Akhirnya saya buat pilihan, tapi tak mahir mengenakan Obi. Nasib baik ada staff satang tolong! Seronok sangat!
Gion Shijo store Pakej Standard Kimono Pelanggan M.
dari Osaka
Teruja dengan sesi dressing. Pantas dan lancar! Staff memang profesional dan seronok sangat(lol) Terima kasih!
Gion Shijo store Pakej Standard Kimono Pelanggan K.
dari Tokyo
Musim panas yang indah!! Hujan pada hari itu, tapi masih sesuai untuk pakai Kimono. Di dalam kedai ada air percuma untuk pelanggan. Lain kali kalau saya datang Kyoto saya akan pakai Kimono di wargo Gion store lagi.
Gion Shijo store Pakej Premium Kimono Pelanggan M.
dari Tokyo
Semua staff baik dan sangat berpuas hati! Jika anda taktahu nak pakai Obi, mereka akan beri panduan. Saya rasa ni kedai yang terbaik untuk datang banyak kali pun, saya akan datang lagi!
Gion Shijo store Pakej Pasangan Premium Yukata Pelanggan E.
dari Kanagawa Prefecture
Bila saya tanya tempat tangkap gambar yang cantik, staff beritahu kami dengan jelas tempatnya, jadi kami dapat ke sana(^ ▽ ^) Sangat membantu! Terima kasih!
Gion Shijo store Pakej Premium Yukata Pelanggan M.
dari Kyoto
Saya tampil sangat comel dengan gaya rambut baru dengan bayaran hanya 900yen, dan ada banyak pilihan kanzashi. Bestnya! Seronok datang sini (# ^^ #)
Gion Shijo store Pakej Mamechiyo Yukata Pelanggan J.
dari Osaka
Saya memang mencari Mamechiyo kimono.Semua bercorak meanrik untuk dipilih! Lagipun, harga yang murah dan saya sangat gembira!
Gion Shijo store Pakej Standard Yukata Pelanggan A.
dari Shiga Prefecture
Saya datang dengan kawan. Di kedai ini penuh dengan kimono cantik buat saya rasa nak duduk dalam ni selamanya! Interior yang tenang dan bersih, dengan perabot antik yang menarik ♪ Ada juga pilihan untuk kanak-kanak, saya akan bawa keluarga saya ke sini lain kali!
Gion Shijo store Pakej Standard Yukata Pelanggan E.
dari Hyogo Prefecture
Saya sewa Kimono sebelum pergi makan, jadi staff mencadangkan tempat makan yang sedap (^ ^) ♪ Bukan sahaja pakaian, staff pun bagus. Kedai terbaik!

Kinkakuji Store Pakej Pasangan Premium Kimono Pelanggan A.
dari Osaka
Terima kasih banyak-banyak atas layanan anda walaupun kami tempah secara tiba-tiba! Daripada pemilihan Kimono hingga ke sesi dressing, semua dilakukan dengan pantas. Pinjam pun boleh sampai lewat petang, jadi saya boleh jalan puas-puas.☆